Posts

Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu

Nota Tatabahasa: 1. Kata Nama Am ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan sebagainya secara am atau umum Kata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata terbitan. Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses pengimbuhan. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar. 2. Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. 3. Kata  ganti nama diri dibahagikan kepada 3 bahagian : 1.    Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba, patik, beta, kami,       kita. 2.    Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu, awak, engkau, anda, saudari,       saudara. 3.    Kata Ganti Nama Diri Ketiga – contohnya dia, beliau, baginda, mereka. 4.  1.       Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat. 2.       Kata ganti nama Tanya digunakan un

Koleksi Tajuk Karangan BM SPM Mengikut Tahun

Image
Persediaan awal terhadap peperiksaan SPM adalah sangat penting. Persediaan awal bermaksud kita harus tahu format peperiksaan, bentuk soalan, kehendak soalan dan lain-lain. Admin Nota dan Latihan telah menyediakan tajuk-tajuk yang pernah keluar di SPM untuk rujukan semua. Walaupun tajuk-tajuk ini bukan yang terkini, tetapi pelajar boleh anggap ini sebagai ulangkaji.   Berikut adalah link PDF: Koleksi Karangan SPM Pada masa yang akan dating, admin akan sediakan pelbagai tips-tips dan teknik untuk menjawap karangan. Stay tune ya! Kalau ada apa-apa yang boleh admin bantu dan jawap, sila komen ya! Love you.

Nota Sains SPM dalam PDF

Image
Ini merupakan artikel pertama daripada blog kami. Ya, betul, kami daripada page FB yang bertajuk Nota dan Latihan Upsr-Pt3-SPM.  Hari ini,Nota dan Latihan Upsr-Pt3-SPM ingin kongsikan  Nota Sains SPM  untuk subjek Sains. Tujuan utama perkongsian nota spm bagi subjek Sains ialah bagi membantu murid tingkatan 5 untuk membina peta minda atau nota ringkas mereka sendiri. Gunakan nota yang di bekalkan oleh kami ini sebagai panduan dan sila bina atau reka nota spm anda sendiri. Hal ini kerana, jika murid menulis sendiri nota itu maka mereka lebih cepat faham dan mudah mengingati fakta-fakta pembelajaran mereka. Maka misi utama mereka iaitu untuk berjaya di dalam SPM nanti insyaAllah akan tercapai. Sila klik link di bawah untuk muat turun nota: Nota Sains SPM Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.