Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu
Nota Tatabahasa:
1.
Kata Nama Am ialah kata yang menamakan
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan sebagainya secara am atau
umum
Kata Nama Am boleh terbina daripada kata
dasar atau pun kata terbitan.
Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak
mengalami proses pengimbuhan.
Kata nama terbitan ialah kata nama yang
terhasil akibat proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar.
2.
Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
3.
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada 3 bahagian
:
1.
Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba, patik, beta,
kami,
kita.
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu,
awak, engkau, anda, saudari,
saudara.
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – contohnya dia,
beliau, baginda, mereka.
4.
1.
Kata ganti nama Tanya digunakan
untuk membentuk ayat-ayat.
2.
Kata ganti nama Tanya digunakan
untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
Contoh : apa, mana , siapa
5.
Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk
mengganti nama tempat.
Terdapat tiga
jenis kata ganti nama tempat iaitu:
Sana – tempat
yang jauh dan tidak kelihatan.
Sini – tempat
yang dekat
Situ – tempat
yang agak jauh tetapi tidak sejauh sana dan tempat ini masih kelihatan.
Kata ganti nama
tunjuk
Kata
Ganti Nama Tunjuk
Digunakan untuk menunjukkan manusia,
haiwan, benda dan tempat
Terdapat dua
jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
Ini – menunjukkan
sesuatu yang dekat.
Itu – menunjukkan sesuatu yang jauh.
6.
1.
kata ganti nama tak tentu ialah kata ganti
yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
2.
Contoh : apa-apa, mana-mana,
masing-masing, seseorang, sesuatu dan siapa-siapa atau sesiapa
7.
Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan
sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
i. Kata Kerja Transitif – menebas, menyidai,
menulis
ii. Kata Kerja Tak Transitif – bangun, lihat,
lulus
iii. Kata Kerja
Pasif – ditebas, disidai, ditulis
Sila download Latihan Tatabahasa dengan link di bawah:
Comments
Post a Comment