Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu
Nota Tatabahasa: 1. Kata Nama Am ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan sebagainya secara am atau umum Kata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata terbitan. Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses pengimbuhan. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar. 2. Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. 3. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada 3 bahagian : 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita. 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu, awak, engkau, anda, saudari, saudara. 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – contohnya dia, beliau, baginda, mereka. 4. 1. Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat. 2. Kata ganti nama Tanya digunakan un